Pizza Kampung Sawah bermula pada tahun 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan akibat Covid-19 dimana perniagaan hanya dibenarkan untuk “take-away” sahaja dimana Cik Ton (Zaiton Binti Samad) seperti biasa menjual aneka makanan dan kuih tradisional di kedai dibantu oleh kami (anak-anaknya) yang bekerja dari rumah sahaja ketika itu.
Di saat itulah perniagaan pizza dimulakan oleh anaknya dalam bentuk kepingan (slices), seterusnya mendapat sambutan setelah dikongsikan ke media-media sosial.
